Thursday, 2 February 2012

Aku Ingin Mencintai Cinta

tidak ku dambakan wanita yg persisnya spt Fatimah,
bila aku tidak sehebat Ali..
tidak pula ku dambakan wanita yg persisnya spt Khadijah,
bila aku tidaklah sehebat Rasulullah..

aku ingin mencintai cinta,
sucinya terpelihara seperti Fatimah..
setianya kekal seperti Khadijah..
aku ingin mencintai cinta..
agar terjaganya sebuah CINTA,
aku hanya ingin mencintai cinta,
agar tersebarnya sebuah CINTA,
amanahnya dari Tuhan yang Esa,

dan jika aku harus tinggalkan cinta,
yg membuatku hidup dalam murka..
maka ketemukan aku dan dia dalam suka,

dan jika aku harus tinggalkan cinta,
yg membuatku resah tanpa kata,
maka ketemukan aku dgnMu dalam Syurga Cinta.

Allah, jika aku tidak layak untuk cinta, kurniakan aku cinta untuk terus mencintaiMu, hantarkan orang2 yg mencintaiMu mendampingku agar aku juga kuat untuk meraih cintaMu..

Allah & Rasul Lebih Utama

“Awak, jika di waktu hari pernikahan kita nanti..saya mahu mengenakan niqab, boleh tak awak?’’

“Boleh..” jawabku ringkas. Sambil tersenyum memandang si dia. Kemudian mengalih pandangan ke arah anak saudara tunangku yang asyik bermain buaian.

“Awak tak marah?” Tanyanya meminta kepastian, sambil mengerutkan keningnya.

“Tak.. itu yang lebih saya suka, dan itu yg sebaiknya pada hari perkahwinan kita.” Ujarku.

 Tunangku tersenyum mendengar penjelasanku. Kemudian, sambil menunduk ke bawah dan menutur kata “Saya bimbang jika awak malu pada teman-teman awak, yang melihat penampilanku yang sebegitu.

Aku yang telah dapat membaca hatinya, menyatakan padanya “Awak…jika pakaian awk, penampilan awk dan apa yang awak lakukan semata-mata kerana cinta awak kepada Allah, saya menyokongnya. Bahkan saya tak pernah merasa malu, malah berbangga kerana memiliki wanita seperti awak”.
Tunangku terus tertunduk malu dan terharu mendengar jawaban dariku. Dan seketika dia memandangku sambil menguntum sebuah senyuman. Terpancar perasaan yang bahagia dalam hatinya melalui kejernihan matanya. Secantik namanya.

Aku tersenyum memandangnya seketika, dan memandang ke langit Illahi. Gusar timbul fitnah dalam hati. Dalam hati, aku bermonolog sendiri. “Awak, jika Allah lebih awak cintai berbanding saya…ternyata lebih saya sukai, kerna saya tahu Dialah selayaknya memberi awak cinta dan selayaknya menerima cinta dari awak. Sedangkan saya hanyalah lelaki yang menerima anugerah cinta dariNya”

Allah dan Rasul Lebih Utama

Mencintai manusia adalah perkara biasa. Tapi jika kita mampu mengutamakan Allah dalam soal bercinta, dalam soal hati dan perasaan...dan sudah pasti ia adalah sesuatu perkara yang lebih dari biasa. Jika kita mampu mengutamakan Allah dan Rasul dalam urusan cinta, maka itulah yang sebaiknya...tetapi jika kita melebihkan cinta manusia lebih dari rasa cinta kita kpd Allah dan Rasul...sudah pasti kita akan melakukan perkara yang terlarang semata untuk menjaga hati dia yang kita cinta. Dan di situlah sebenarnya akan memperlihatkan sejauh mana kekuatan akidah cinta kita.

Assalamualaikum wbt : Salam Blogger

Assalamualaikum wbt para sahabat...

Salam pkenalan ea shbt :) Saya nk gelarkan diri sy sbgai encik cetokin, hikhik...Pelik kan nama gelaran saya? huhu...Nama ni di ilhamkan dr stoking tangan...ala, yg slalu org pompuan pakai kat tangan tuk mentup aurat diorang..yelah kan lau xpakai, nti tdedah lengan..lbh2 lagi semasa mgangkat tangan..hik hik. Jadi...sebagai lelaki, cetokin nk jadi penjaga atau pelindung kpd kaum wanita, sinonim dgn stoking tangan yg digunakan utk melindungi aurat dan maruah wanita..huhu. Wanita kan ibarat amanah Allah pd lelaki...wanita kan merupakan anugerah dari Allah...sbb wanita ni sgt penting dalam khdupan lelaki..yea tak? Jadi tulah asal nama cetokin..hehe

Blog ni cetokin buat sbb cetokin nk bkongsi pendapat dan juga karya cetokin dgn sahabat semua..tp, opps..maaf la sbb cetokin secara faktanye, kmungkinan karya2 cetokin agak jiwang skit..haha, da namanyer blog lelaki jiwang kan? hak hak...tapi apa2 pun sahabat, semoga apa yg kita buat, mudah2an ia akan mdekatkan diri kita dengan Allah. Maksud cetokin, biarlah kita jiwang pun..tp jgn kita lupa pada Allah..sbb Dialah yg pinjamkan kita nikmat ni, nikmat hati dan perasaan..dan kalau kita takda hati dan perasaan cinta dlm khdupn kita, agaknya tentu kita akan kesunyian kan..hehe.