Thursday, 2 February 2012

Allah & Rasul Lebih Utama

“Awak, jika di waktu hari pernikahan kita nanti..saya mahu mengenakan niqab, boleh tak awak?’’

“Boleh..” jawabku ringkas. Sambil tersenyum memandang si dia. Kemudian mengalih pandangan ke arah anak saudara tunangku yang asyik bermain buaian.

“Awak tak marah?” Tanyanya meminta kepastian, sambil mengerutkan keningnya.

“Tak.. itu yang lebih saya suka, dan itu yg sebaiknya pada hari perkahwinan kita.” Ujarku.

 Tunangku tersenyum mendengar penjelasanku. Kemudian, sambil menunduk ke bawah dan menutur kata “Saya bimbang jika awak malu pada teman-teman awak, yang melihat penampilanku yang sebegitu.

Aku yang telah dapat membaca hatinya, menyatakan padanya “Awak…jika pakaian awk, penampilan awk dan apa yang awak lakukan semata-mata kerana cinta awak kepada Allah, saya menyokongnya. Bahkan saya tak pernah merasa malu, malah berbangga kerana memiliki wanita seperti awak”.
Tunangku terus tertunduk malu dan terharu mendengar jawaban dariku. Dan seketika dia memandangku sambil menguntum sebuah senyuman. Terpancar perasaan yang bahagia dalam hatinya melalui kejernihan matanya. Secantik namanya.

Aku tersenyum memandangnya seketika, dan memandang ke langit Illahi. Gusar timbul fitnah dalam hati. Dalam hati, aku bermonolog sendiri. “Awak, jika Allah lebih awak cintai berbanding saya…ternyata lebih saya sukai, kerna saya tahu Dialah selayaknya memberi awak cinta dan selayaknya menerima cinta dari awak. Sedangkan saya hanyalah lelaki yang menerima anugerah cinta dariNya”

Allah dan Rasul Lebih Utama

Mencintai manusia adalah perkara biasa. Tapi jika kita mampu mengutamakan Allah dalam soal bercinta, dalam soal hati dan perasaan...dan sudah pasti ia adalah sesuatu perkara yang lebih dari biasa. Jika kita mampu mengutamakan Allah dan Rasul dalam urusan cinta, maka itulah yang sebaiknya...tetapi jika kita melebihkan cinta manusia lebih dari rasa cinta kita kpd Allah dan Rasul...sudah pasti kita akan melakukan perkara yang terlarang semata untuk menjaga hati dia yang kita cinta. Dan di situlah sebenarnya akan memperlihatkan sejauh mana kekuatan akidah cinta kita.

No comments: